RSS
Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)

Tuesday, 10 November 2009

Zulkifli Noordin - Dr. Asri, Jangan Berdakwah Dalam Politik

Di MStar Online hari ini, saya terbaca berita mengenai saranan Zulkifli Noordin kepada Dr. Asri yang ditangkap oleh JAIS baru-baru ini agar tidak menyertai sebarang parti politik untuk menyebarkan dakwah. Ini kerana Zulkifli begitu yakin dengan bekas mufti Perlis itu tidak akan menghadapi sebarang halangan dalam menyebarkan dakwah keagamaan ekoran kedudukannya diterima oleh semua pihak baik kerajaan mahupun pembangkang.

Sebenarnya ini adalah satu amaran keras buat Dr. Asri sebelum beliau menyesali tindakannya menyertai mana-mana parti politik Malaysia. Kenapa? Kenapa harus Zulkifli memberikan amaran terhadap Dr. Asri? Kerana kerajaan akan menjatuhkannya jika dia menyertai parti barisan? Saya tidak mahu menduga sebarangan. Tetapi yang sebenarnya Zulkifli khuatir Dr. Asri akan menyertai Pakatan, justeru beliau akan menerima nasib yang sama seperti yang dialami oleh Zulkifli sendiri waktu ini.

Dari apa yang saya perhatikan, perjuangan Zulkifli ini lebih kepada perjuangan Islam tetapi ditentang oleh penasihat partinya beberapa hari yang lalu. Anwar berkata, terdapat beberapa pemimpin yang tidak mahu mengikut dasar parti dan bagi pemimpin-pemimpin yang berkenaan harus menerima dasar yang dikemukakan atau mereka akan berdepan dengan penyingkiran. Kata-kata Anwar Ibrahim itu sebenarnya ditujukan kepada Zulkifli Noordin secara tepatnya.

Anwar sudah merasakan Zulkifli ini sebenarnya ancaman kepada parti berikutan dengan Zulkifli cuba membentangkan usul di parlimen yang berkaitan dengan Islam dilihat sebagai tidak selari dengan polisi PKR sehingga memaksa Anwar memberikan amaran kepada Zulkifli secara terbuka.

Salah satu daripada usul yang cuba dibentangkan oleh Zulkifli ialah, mendesak Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melarang atau mengenakan syarat terhadap premis yang menjual minuman keras yang memabukkan serta sebarang bentuk kondom berikutan banyak kes terjadi yang melibatkan remaja dan belia melayu Islam menyalahgunakan penjualan arak dan minuman beralkohol serta kemudahan kondom di kedai serbaneka seperti 7 Eleven, KK Mart dan lain-lain untuk kegiatan yang tidak berakhlak dan bermoral.

Bukankah Ronnie Liu menentang perampasan minuman keras di kawasannya beberapa bulan yang lalu? Umat Islam di Malaysia telah diperdayakan sejak sekian lama oleh Anwar Ibrahim. Bila lagi nak sedar? PKR semakin hari semakin bergolak. Nasib rakyat dipimpin oleh mereka hanyalah dihujung tanduk sahaja.

Tuesday, 3 November 2009

Nasib Orang Bukan Melayu

Saya sebagai orang bukan melayu berasa hairan dan keliru dengan pembangkang yang membentuk Pakatan Rakyat. Ini kerana sehingga kini tidak ada satu dasar yang kukuh dan secara kolektif diumumkan bahkan sampai sekarang pakatan reput ini masih tidak didaftarkan. Bagaimana nasib kami sebagai orang bukan melayu/Islam jika mereka ini jadi kerajaan? Seperti yang diangan-angankan ramai pemimpin dan penyokong mereka?

PAS dengan Islam yang fanatik, PKR Islam liberal atau sekular manakala DAP tidak pernah menerima Islam sebagai agama rasmi. Kecelaruan ini membimbangkan saya. Dalam kalangan pemimpin PKR juga bercelaru misalnya ada transkrip yang saya terbaca tentang soalan-soalan parlimen daripada Zulkifli Noordin - MP Kulim:

"Kerajaan Persekutuan harus mengambil langkah segera untuk mengesahkan dan mengisytiharkan bawah Malaysia bukan negara sekular seperti India sebaliknya sebuah negara yang mengamalkan dwi-sistem (sistem perundangan hybrid) iaitu dengan meminda Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan dengan menambah perkataan seperti berikut: Islam adalah agama bagi Persekutuan termasuk dari segi undang-undang dan syariatnya."

Ahli parlimen ini  menambahkan kekeliruan saya. walaupun beliau seorang wakil PKR, yang mendukung gagasan Islam liberal dan sekular, beliau lebih PAS dari orang PAS dalam membincangkan tentang Islam. adakah ini satu lagi agenda ANwar Brahims?