RSS
Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)

Tuesday, 3 November 2009

Nasib Orang Bukan Melayu

Saya sebagai orang bukan melayu berasa hairan dan keliru dengan pembangkang yang membentuk Pakatan Rakyat. Ini kerana sehingga kini tidak ada satu dasar yang kukuh dan secara kolektif diumumkan bahkan sampai sekarang pakatan reput ini masih tidak didaftarkan. Bagaimana nasib kami sebagai orang bukan melayu/Islam jika mereka ini jadi kerajaan? Seperti yang diangan-angankan ramai pemimpin dan penyokong mereka?

PAS dengan Islam yang fanatik, PKR Islam liberal atau sekular manakala DAP tidak pernah menerima Islam sebagai agama rasmi. Kecelaruan ini membimbangkan saya. Dalam kalangan pemimpin PKR juga bercelaru misalnya ada transkrip yang saya terbaca tentang soalan-soalan parlimen daripada Zulkifli Noordin - MP Kulim:

"Kerajaan Persekutuan harus mengambil langkah segera untuk mengesahkan dan mengisytiharkan bawah Malaysia bukan negara sekular seperti India sebaliknya sebuah negara yang mengamalkan dwi-sistem (sistem perundangan hybrid) iaitu dengan meminda Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan dengan menambah perkataan seperti berikut: Islam adalah agama bagi Persekutuan termasuk dari segi undang-undang dan syariatnya."

Ahli parlimen ini  menambahkan kekeliruan saya. walaupun beliau seorang wakil PKR, yang mendukung gagasan Islam liberal dan sekular, beliau lebih PAS dari orang PAS dalam membincangkan tentang Islam. adakah ini satu lagi agenda ANwar Brahims?

No comments: