Di MStar Online hari ini, saya terbaca berita mengenai saranan Zulkifli Noordin kepada Dr. Asri yang ditangkap oleh JAIS baru-baru ini agar tidak menyertai sebarang parti politik untuk menyebarkan dakwah. Ini kerana Zulkifli begitu yakin dengan bekas mufti Perlis itu tidak akan menghadapi sebarang halangan dalam menyebarkan dakwah keagamaan ekoran kedudukannya diterima oleh semua pihak baik kerajaan mahupun pembangkang.
Sebenarnya ini adalah satu amaran keras buat Dr. Asri sebelum beliau menyesali tindakannya menyertai mana-mana parti politik Malaysia. Kenapa? Kenapa harus Zulkifli memberikan amaran terhadap Dr. Asri? Kerana kerajaan akan menjatuhkannya jika dia menyertai parti barisan? Saya tidak mahu menduga sebarangan. Tetapi yang sebenarnya Zulkifli khuatir Dr. Asri akan menyertai Pakatan, justeru beliau akan menerima nasib yang sama seperti yang dialami oleh Zulkifli sendiri waktu ini.
Dari apa yang saya perhatikan, perjuangan Zulkifli ini lebih kepada perjuangan Islam tetapi ditentang oleh penasihat partinya beberapa hari yang lalu. Anwar berkata, terdapat beberapa pemimpin yang tidak mahu mengikut dasar parti dan bagi pemimpin-pemimpin yang berkenaan harus menerima dasar yang dikemukakan atau mereka akan berdepan dengan penyingkiran. Kata-kata Anwar Ibrahim itu sebenarnya ditujukan kepada Zulkifli Noordin secara tepatnya.
Anwar sudah merasakan Zulkifli ini sebenarnya ancaman kepada parti berikutan dengan Zulkifli cuba membentangkan usul di parlimen yang berkaitan dengan Islam dilihat sebagai tidak selari dengan polisi PKR sehingga memaksa Anwar memberikan amaran kepada Zulkifli secara terbuka.
Salah satu daripada usul yang cuba dibentangkan oleh Zulkifli ialah, mendesak Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melarang atau mengenakan syarat terhadap premis yang menjual minuman keras yang memabukkan serta sebarang bentuk kondom berikutan banyak kes terjadi yang melibatkan remaja dan belia melayu Islam menyalahgunakan penjualan arak dan minuman beralkohol serta kemudahan kondom di kedai serbaneka seperti 7 Eleven, KK Mart dan lain-lain untuk kegiatan yang tidak berakhlak dan bermoral.
Bukankah Ronnie Liu menentang perampasan minuman keras di kawasannya beberapa bulan yang lalu? Umat Islam di Malaysia telah diperdayakan sejak sekian lama oleh Anwar Ibrahim. Bila lagi nak sedar? PKR semakin hari semakin bergolak. Nasib rakyat dipimpin oleh mereka hanyalah dihujung tanduk sahaja.


2 comments:
Pakatan dah mula goyah dengan isu dalaman masing-masing.. tak lama lagi runtuhla gagasan Pakatan Rakyat...
Salam,
sernok pulak ikuti drama kisah org melayu ni..
Post a Comment